Back to Localsend

LocalSend

readme_i18n/README_MS.md

1.17.012.6 KB
Original Source

LocalSend

Laman UtamaDiscordGitHubCodeberg

Bahasa Inggeris (Lalai)Bahasa MelayuBahasa SepanyolBahasa ParsiBahasa FilipinoBahasa PerancisBahasa IndonesiaBahasa ItaliBahasa JepunBahasa KhmerBahasa KoreaBahasa PolandBahasa Portugis BrazilBahasa RusiaBahasa ThaiBahasa TürkiyeBahasa UkraineBahasa VietnamBahasa Cina

LocalSend adalah aplikasi sumber terbuka percuma yang membolehkan anda berkongsi fail dan mesej secara terjamin dengan peranti berdekatan melalui rangkaian tempatan anda tanpa memerlukan sambungan internet.

Tentang

LocalSend adalah aplikasi merentas platform yang membolehkan komunikasi selamat antara peranti-peranti menggunakan REST API dan penyulitan HTTPS. Bukan seperti aplikasi pemesejan lain yang bergantung pada pelayan luaran, LocalSend tidak memerlukan sambungan internet atau pelayan pihak ketiga, menjadikannya penyelesaian yang pantas dan boleh dipercayai untuk komunikasi tempatan.

Syot-syot Layar

Muat Turun

Adalah digalakkan untuk memuat turun aplikasi sama ada dari gedung aplikasi atau dari pengurus pakej kerana aplikasi ini tidak mempunyai pengemaskinian automatik.

WindowsmacOSLinuxAndroidiOSFire OS
WingetApp StoreFlathubPlay StoreApp StoreAmazon
ScoopHomebrewNixpkgsF-Droid
ChocolateyDMG InstallerSnapAPK
EXE InstallerAUR
Portable ZIPTAR
DEB
AppImage

Baca lebih lanjut tentang saluran pengedaran.

Keserasian

PlatformVersi MinimumNota
Android5.0-
iOS12.0-
macOS11 Big SurGunakan OpenCore Legacy Patcher 2.0.2 (Lihat #1005)
Windows10Versi terakhir yang menyokong Windows 7 ialah v1.15.4. Mungkin terdapat sokongan versi yang lebih baharu untuk Windows 7 pada masa hadapan.
LinuxN.A.-

Penyediaan

Dalam kebanyakan kes, LocalSend akan berfungsi terus. Walau bagaimanapun, jika anda menghadapi masalah menghantar atau menerima fail, anda mungkin perlu mengkonfigurasi tembok api (firewall) anda untuk membenarkan LocalSend berkomunikasi melalui rangkaian tempatan anda.

Jenis TrafikProtokolPortTindakan
MasukTCP, UDP53317Allow
KeluarTCP, UDPMana-manaAllow

Juga pastikan untuk melumpuhkan pengasingan AP pada penghala anda. Ia biasanya dilumpuhkan secara lalai tetapi sesetengah penghala mungkin mendayakannya (terutamanya rangkaian tetamu). Lihat penyelesaian masalah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mod Mudah Alih

(Diperkenalkan dalam v1.13.0)

Cipta fail bernama settings.json yang terletak dalam direktori yang sama dengan atur cara boleh laku. Fail ini boleh kosong. Apl akan menggunakan fail ini untuk menyimpan tetapan, bukannya lokasi lalai.

Memulakan secara tersembunyi

(Dikemas kini dalam v1.15.0)

Untuk memulakan apl tersembunyi (hanya dalam dulang (tray)), gunakan bendera (flag) --hidden (contoh: localsend_app.exe --hidden).

Pada v1.14.0 dan lebih awal, apl mula disembunyikan jika bendera autostart ditetapkan dan tetapan tersembunyi didayakan.

Bagaimana ia Berfungsi

LocalSend menggunakan protokol komunikasi terjamin yang membolehkan peranti berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan API REST. Semua data dihantar dengan selamat melalui HTTPS dan sijil TLS/SSL dijana dengan segera pada setiap peranti, memastikan keterjaminan maksimum.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Protokol LocalSend, lihat dokumentasi.

Cara Mula

Untuk kompil LocalSend daripada kod sumber, ikuti langkah berikut:

  1. Pasang Flutter secara langsung atau gunakan fvm (lihat versi diperlukan)
  2. Pasang Rust
  3. Klon repositori LocalSend
  4. Jalankan cd app untuk memasuki direktori apl
  5. Jalankan flutter pub get untuk memuat turun kebergantungan
  6. Jalankan flutter run untuk memulakan apl

[!NOTA] LocalSend pada masa ini memerlukan versi Flutter lama (dinyatakan dalam .fvmrc) dan dengan itu, isu binaan (build issue) mungkin disebabkan oleh ketidakpadanan antara versi Flutter yang diperlukan dan (seluruh sistem) yang dipasang.
Untuk menjadikan pembangunan lebih konsisten, LocalSend menggunakan fvm untuk mengurus versi projek Flutter. Selepas memasang fvm, jalankan fvm flutter dan bukannya flutter.

Mengambil Bahagian

Kami mengalu-alukan sumbangan daripada sesiapa sahaja yang berminat untuk bantu memperbaiki LocalSend. Jika anda ingin menyumbang, terdapat beberapa cara untuk menglibatkan diri:

Penterjemahan

Anda boleh membantu menterjemahkan LocalSend ke dalam bahasa-bahasa lain. Kami menggunakan platform Weblate untuk mengurus penterjemahan.

Secara alternatif, anda juga boleh menyumbang atau mengambil bahagian dengan forking repositori ini dan menambah penterjemahan secara manual.

Terjemahan-terjemahan berada di dalam direktori app/assets/i18n. Sunting fail _missing_translations_<locale>.json atau strings_<locale>.i18n.json untuk menambah atau mengemas kini terjemahan.

<a href="https://hosted.weblate.org/engage/localsend/"> </a>

Ambil perhatian: Medan yang dihiasi dengan @ tidak dimaksudkan untuk diterjemahkan; ia tidak digunakan dalam apl dalam apa jua cara, hanya sebagai teks bermaklumat tentang fail atau untuk memberikan konteks kepada penterjemah.

Pembetulan Pepijat dan Penambahbaikan

  • Pembetulan Pepijat: Jika anda menjumpai pepijat, sila buat permintaan tarik (pull request) dengan penerangan yang jelas tentang isu itu dan cara membetulkannya.
  • Penambahbaikan: Mempunyai idea untuk menambah baik LocalSend? Sila buat isu dahulu untuk membincangkan mengapa penambahbaikan itu diperlukan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, rujuk pada panduan menyumbang.

Menyelesaikan Masalah

IsuPlatform (Menghantar)Platform (Menerima)Penyelesaian
Peranti tidak kelihatanMana-manaMana-manaPastikan untuk melumpuhkan AP-Isolation pada penghala anda. Jika ia didayakan, sambungan antara peranti adalah dilarang.
Peranti tidak kelihatanMana-manaWindowsPastikan untuk konfigurasi rangkaian anda sebagai rangkaian "peribadi". Windows mungkin lebih ketat apabila rangkaian dikonfigurasikan sebagai awam.
Peranti tidak kelihatanmacOS, iOSMana-manaAnda boleh cuba menogol kebenaran "Rangkaian Tempatan" di bawah "Privasi" dalam tetapan OS.
Kelajuan terlalu lembabMana-manaMana-manaGunakan 5 Ghz; Lumpuhkan penyulitan pada kedua-dua peranti.
Kelajuan terlalu lembabMana-manaAndroidIsu yang diketahui. https://github.com/flutter-cavalry/saf_stream/issues/4

Penyumbang yang Berbakti

<a href="https://github.com/localsend/localsend/graphs/contributors"> </a>